Simpanan RM285,000 lesap gara-gara panggilan Macau Scam
Iklan
Noorzainy
KEPALA BATAS - Seorang peniaga berputih mata apabila wang simpanannya berjumlah RM285,000 lesap selepas diperdaya sindiket Macau Scam semalam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, mangsa merupakan lelaki berusia 49 tahun itu menerima panggilan daripada seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai kakitangan Pos Laju Malaysia.
Iklan
Iklan
Menurutnya, individu terbabit memberitahu mangsa kononnya terdapat barang kiriman yang didaftarkan atas namanya terpaksa ditahan kerana mengandungi kad pengenalan dan kad kredit milik mangsa.
Beliau berkata, selepas mangsa menafikan perkara itu, panggilan seterusnya disambungkan kepada Ibu Pejabat Polis Kontijen Pahang.
Iklan
"Mangsa telah bercakap dengan pegawai penyiasat bernama Sarjan Ong yang memaklumkannya terlibat dengan penggubalan wang haram.
"Panggilan seterusnya disambungkan kepada Sarjan Ang yang memberitahu mangsa bahawa kes terlalu berat dan suspek utama kes itu telah ditangkap. Suspek didakwa telah memberi semua wang kepada mangsa.
Iklan
"Oleh demikian, siasatan perlu dilakukan terhadap mangsa dan dia diminta melaporkan diri kepada Sarjan Ang setiap dua jam," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.
Noorzainy berkata, panggilan mangsa seterusnya disambungkan kepada pegawai polis yang memperkenalkan diri sebagai Tuan Nordin.
"Tuan Nordin telah memarahi mangsa dan mahu menangkap mangsa kerana didakwa terlibat dalam kes berat.
"Mangsa juga ada terdengar perbualan antara Tuan Nordin dan Sarjan Ang namun tidak jelas.
"Panggilan mangsa disambung lagi kepada Tuan Ting yang meminta mangsa membuat pindahan wang miliknya di mesin deposit tunai (CDM) ke dalam akaun bank seperti yang diarahkan sekiranya tidak bersalah," katanya.
Katanya, mangsa melakukan 56 transaksi ke dalam sembilan akaun berjumlah RM285,000.
"Mangsa dimaklumkan bahawa semua wang tersebut adalah untuk siasatan dan keselamatannya.
"Dia juga dilarang memaklumkan kepada mana-mana pihak kerana kes masih dalam siasatan," katanya.
Beliau menambah, kesemua wang itu adalah hasil kerja terdahulu sebagai pekerja kilang, insurans kemalangan anaknya, hasil jualan rumah lama dan dipinjam dari rakan.
"Setelah memindahkan semua wang tersebut, mangsa baru tersedar yang dirinya telah terperangkap dengan sindiket penipuan lalu membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.
Noorzainy turut menasihatkan orang awam supaya tidak mudah panik dan mengikut arahan yang diberikan oleh pemanggil yang tidak dikenali, sebaliknya hubungi pihak polis atau organisasi yang terlibat untuk sebarang pengesahan.
Kira-kira 40,000 daripada 60,000 pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) masih belum menerima baja tiga (tambahan) sekali gus dikhuatiri menjejaskan hasil padi pada musim ini,a lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob berkata, setakat ini hanya kira-kira 20 peratus atau 120,000 daripada lebih 600,000 kampit baja tiga sudah diedarkan kepada pesawah di 27 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di kawasan MADA.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791887/edisi/utara/40000-pesawah-mada-masih-belum-terima-baja-tambahan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.