BNM perlu bebas, profesional bagi jamin kestabilan monetari negara
Iklan
Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus - Foto Bernama
PERANAN Bank Negara Malaysia (BNM) sebagai bank pusat yang bebas dan profesional seperti yang diperuntukkan oleh Akta Bank Negara Malaysia penting bagi menjamin kestabilan monetari dan kewangan yang kondusif kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia yang mampan.
Gabenor BNM, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, peranan bebas tersebut juga membolehkan BNM memberi tumpuan kepada perspektif ekonomi dan sistem kewangan untuk jangka panjang.
Iklan
Iklan
"Biarpun berdepan dengan persekitaran global yang semakin mencabar serta turun naik dalam pasaran antarabangsa, BNM sebagai pelindung dan pemegang amanah sistem kewangan negara akan terus memegang mandat itu dan menjadikannya sebagai keutamaan.
"Berakarkan nasional, berakalkan global, BNM akan memastikan langkah-langkah yang diambil seiring dengan peredaran masa untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi, penuh integriti dan profesional untuk kepentingan negara," katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian pada majlis perasmian pameran baharu pihak Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia yang disempurnakan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhun Tuanku Munawir.
Pameran bertajuk 'Demi Tanah Air: 60 Tahun sebagai Bank Pusat' itu akan di buka mulai 16 Disember hingga 30 Jun 2020.
Iklan
Pengunjung berpeluang menyaksikan lebih 100 bahan pameran berusia seawal 80 tahun lalu, termasuk pelbagai artifak, filem dan foto-foto nostalgia menarik yang belum pernah dipamerkan sebelum ini. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>