Mitra dikritik kerana telus: Waytha Moorthy
Iklan
P Waytha Moorthy
KUALA LUMPUR - Unit Transformasi Masyarakat India (Mitra) 'mendapat perhatian’ pengkritik dan individu yang ditolak permohonannya kerana ia bersifat telus dengan memaparkan senarai terperinci penerima dana dalam laman webnya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy berkata, ini kali pertama Mitra, di bawah JPM memaparkan maklumat itu termasuk jumlah dana yang diterima di laman web, menyebabkan ia menjadi sasaran pihak berkenaan.
Iklan
Iklan
"Kita beri peluang kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sekian lama berkhidmat membantu membangunkan sosio ekonomi masyarakat India.
"Selain itu, pencapaian penerima dana sedia ada juga akan dinilai bagi melihat keberkesanan program dan pemberian dana bagi tempoh seterusnya (jika layak),” katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini.
Iklan
Beliau mengulas dakwaan sesetengah pihak berhubung ketelusan pengagihan dana Mitra kepada golongan yang memerlukan.
Senarai penerima dana dan perincian berkaitan Mitra boleh diakses melalui https://mitra.gov.my/mitra-program-activity-calendar-2019-view/.
Iklan
Mengulas tentang isu boikot sawit Malaysia-India, Waytha Moorthy berkata, beliau menerima baik kenyataan Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, Mridul Kumar, semalam bahawa tiada kenyataan rasmi dari New Delhi tentang tindakan memboikot minyak sawit negara.
"Saya sambut baik kenyataan Mridul dan ia akan mengekalkan hubungan baik Malaysia-India yang terjalin sekian lama. Kita boleh tafsirkan kenyataan Mridul sebagai maklum balas rasmi dari India,” katanya.
Portal tempatan melaporkan Mridul sebagai berkata, desakan (boikot) itu dimulakan oleh badan perniagaan India dan bukannya kerajaan India secara rasmi. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Tak manis datang sendiri' - Hasan cadang semua bekas PM dijemput hadiri Sambutan Hari Kebangsaan"><meta itemprop="description" content="Seorang ahli Parlimen kerajaan mencadangkan supaya Kementerian Komunikasi membuat jemputan rasmi kepada semua bekas Perdana Menteri untuk menghadiri Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun akan datang.
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hasan Abdul Karim berkata, tradisi sama turut dibuat di negara maju lain termasuk Amerika Syarikat (AS) sebagai tanda mengenang jasa bekas pemimpin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/805836/berita/nasional/tak-manis-datang-sendiri---hasan-cadang-semua-bekas-pm-dijemput-hadiri-sambutan-hari-kebangsaan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #sidangdewanrakyat #bekaspmdijemputhadirisambutanharikebangsaan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-23T10:36:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P191S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbz3e6m"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbz3e6m"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbz3e6m"></script>