KUCHING - Sebanyak 37 penempatan di daerah Marudi di utara Sarawak masih terjejas oleh banjir setakat jam 4 petang ini, kata Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri hari ini.
Pegawai sekretariat itu, Mejar Ismail Mahedin berkata, antara kawasan yang terjejas ialah Kampung Kuala Tutoh, Kampung Dagang, Kampung Cina, Kampung Kuala Ridan dan Kampung Padang Kerbau dan usaha menyalurkan pek makanan telah dijalankan kepada penduduk di penempatan berkenaan.