Bau busuk rupanya gas ammonia

Iklan
Pihak berkuasa sedang menjalankan kerja-kerja di lokasi kejadian.

KLANG - Bau busuk dari tapak pelupusan sampah haram di kawasan Kampung Baru, Telok Gong yang menjadi tanda tanya penduduk akhirnya terjawab apabila bau berkenaan ialah daripada gas ammonia.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima makluman memaklumkan mengenai kejadian kira-kira jam 11.29 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Andalas, BBP Pelabuhan Klang dan BBP Shah Alam serta Unit Hazmat digerakkan ke lokasi kejadian.

"Pencemaran bau dipercayai gas ammonia di tapak pelupusan sampah haram seluas 0.2 hektar menjejaskan penduduk sekitar 200 meter," katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Menurutnya, anggota bomba membuat penandaan kawasan di kawasan tersebut dan mendapatkan bacaan di kawasan pelupusan sampah itu sebelum menyerahkan kepada pihak Majlis Perbandaran Klang dan Jabatan Alam Sekitar Selangor untuk tindakan lanjut.

Pihak berkuasa sedang menjalankan kerja-kerja di lokasi kejadian.

Sementara itu, Unit Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memaklumkan pihaknya telah menjalankan pemantauan darat dan udara di lokasi pencemaran bahan buangan sisa kimia seluas dan 42 meter itu.

Iklan

Bagaimanapun kenyataan itu menyebut, jarak di antara lokasi yang kejadian dengan kawasan penempatan terdekat adalah 49 meter tetapi jauh daripada sungai.

"Penilaian awal bomba mendapati ada kandungan kimia jenis ammonia 80.2 manakala Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan melaksanakan pensampelan.

Pelan lokasi kejadian.

Katanya, tiada pengasingan dan pemindahan penduduk dilaksanakan tetapi polis akan membuat tinjauan dari semasa ke semasa.

"Pejabat Tanah dan Daerah(PTD) Klang akan memberi Notis 7A dan 7B serta mengambil tindakan merampas tanah jika tiada tindakan pemulihan tanah oleh pemilik tanah berkenaan," katanya.

Kejadian melibatkan pencemaran bau dipercayai gas ammonia di tapak pelupusan sampah haram berkeluasan 1/2 ekar sekali gus memberikan kesan bau kepada penduduk sekitar 200 meter.