Terima kasih SPRM, kata Steven Sim

Iklan
Steven Sim Chee Keong

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong hari ini mengucapkan terima kasih kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana membetulkan kesilapan dalam perisytiharan hartanya dalam laman web suruhanjaya itu.

Steven Sim yang juga timbalan menteri belia dan sukan berkata, maklumat yang dipaparkan pada laman web tersebut adalah salah kerana kesilapan SPRM sendiri.

Iklan
Iklan

"Dalam perisytiharan harta yang saya telah dikemukakan pada Oktober lepas, tiada sebarang perubahan dalam pendapatan dan aset saya mahupun isteri berbanding perisytiharan pada tahun lalu.

"Walaupun berlaku kesilapan yang kini telah diperbetulkan, saya tetap menyokong dasar perisytiharan harta dan yakin langkah ini mampu memastikan ketelusan serta mencegah salah guna kuasa dan budaya rasuah dalam kalangan wakil rakyat," katanya satu kenyataan di sini hari ini.

Iklan
Iklan

Satu portal berita hari ini melaporkan aset peribadi Steven Sim dan isterinya meningkat dua kali ganda kepada RM658,000 pada 30 Oktober tahun ini berbanding RM329,000 pada tahun lalu (9 Oktober 2018). - Bernama