Jangan kaitkan program CSR dengan zakat
Iklan
M Rozi (dua dari kiri) menyempurnakanMajlis Perasmian Zakat Pandu Lalu Maidam di Kompleks Sri Iman hari ini.
KUALA TERENGGANU - Syarikat dan badan korporat negeri ini dinasihatkan supaya tidak mengaitkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka dengan wang zakat bagi mengelak kekeliruan dan persepsi negatif.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), M Rozi Bidin berkata, beliau tidak mahu timbulnya isu dan polemik kurang menyenangkan kerana ada sebahagian penerima dalam program bukan golongan asnaf.
Iklan
Iklan
"Kini semakin banyak syarikat-syarikat korporat mengadakan program-program CSR kepada golongan yang tidak bernasib baik seperti ibu tunggal, golongan gelandangan, anak-anak yatim dan sebagainya.
"Namun begitu, program dibuat atas dasar CSR ada sebahagiannya dikaitkan wang zakat sedangkan wang itu tidak pernah sampai kepada Maidam sebagai badan tunggal mengurus dan menyelia segala bantuan zakat di negeri ini," katanya pada Majlis Perasmian Zakat Pandu Lalu Maidam di Kompleks Sri Iman hari ini.
Iklan
Menurutnya, perkara itu boleh menimbulkan isu yang kurang baik kepada Maidam dan dibimbangi bantuan berkenaan tidak sampai kepada sasaran asnaf
"Aktiviti tersebut dilihat berlaku sejak lima tahun lalu dan kini menjadi trend terutama kalangan syarikat insurans, perbankan dan badan korporat.
Iklan
"Badan korporat yang ingin mengadakan program CSR melibatkan pengagihan wang zakat secara terus kepada penerima dinasihatkan menunaikan zakat terlebih dahulu kepada Maidam," katanya.
Beliau berkata, selepas bayaran zakat dibuat mereka boleh menuntut kembali 25 peratus dari bayaran tersebut untuk diagihkan kepada penerima setelah mendapat nasihat serta pengesahan daripada pihak Maidam.
"Semoga dengan pencerahan ini dapat memurnikan pengurusan agihan zakat di negeri ini demi untuk membela nasib asnaf,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tapak pelupusan sampah terbakar, diselubungi asap tebal" /><meta itemprop="description" content="Tapak pelupusan sampah terbakar, diselubungi asap tebal
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal
#SinarHarian #beritasemasa #pelupusansampah terbakar #kualaterengganu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-04T10:14:25.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WEqm61cDWg1raoGSA/x120" /><meta itemprop="duration" content="P104S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8xyarq" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8xyarq"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Peniaga kongsi rezeki jual siakap 70 sen seekor" /><meta itemprop="description" content="Peniaga kongsi rezeki jual siakap 70 sen seekor
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Peniaga hasil laut di Kampung Batu Hampar dekat Manir di sini berkongsi rezeki bersama pelanggan dengan menjual sebanyak 4,000 ikan siakap pada harga 70 sen setiap seekor, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim
Sabran Muzaffar Semlee, 28, berkata, jualan murah itu dilakukan bagi membantu golongan kurang berkemampuan untuk sama-sama menikmati sumber protein tersebut.
Menurutnya, gerai jualan itu mula diserbu seawal jam 6.30 pagi oleh pelanggan yang ingin mendapatkan harga yang ditawarkan RM2 bagi tiga ekor ikan.
Sabran Muzaffar berkata, jualan tersebut akan diteruskan pada masa akan datang sekiranya sambutan diterima memberangsangkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662802/Peniaga-kongsi-rezeki-jual-siakap-70-sen-seekor
#SinarHarian #beritasemasa #siakap70sen #kualaterengganu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-04T08:36:07.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WEp8C1cDVDt67F3Pk/x120" /><meta itemprop="duration" content="P191S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8xy5n0" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8xy5n0"></script>