Cemuhan penyangak media sosial
Iklan
Kereta kebal jenis PT-91M Pendekar alami kerosakan ketika sertai raptai sambutan Hari Kebangsaan di Jalan Damansara pada 26 Ogos lalu sehingga jadi topik hangat di media sosial.
KETIKA pasukan Tentera Darat Malaysia (TDM) sedang sibuk melaksanakan raptai perarakan Hari Kebangsaan baru-baru ini, insiden kerosakan dua buah kenderaan berat milik pasukan tersebut mendapat perhatian pelbagai pihak.
Kejadian pertama pada 26 Ogos apabila sebuah kereta kebal PT-91M Pendekar mengalami kerosakan di Jalan Damansara, manakala kejadian kedua keesokan harinya berhampiran Muzium Negara membabitkan sebuah Kenderaan Pengangkut Kereta Perisai.