'Jangan sisih banduan'

Iklan
Abdul Razak bersama wakil agensi dan masyarakat dalam program temuseru Jabatan Penjara Malaysia.

JELI - Banduan perlu diberi peluang kedua dalam meneruskan kehidupan bersama keluarga dan masyarakat.

Penolong Ketua Jajahan Daerah Jeli, Abdul Razak Deraman berkata, masih ada segelintir masyarakat memandang serong terhadap banduan dan tidak memberi peluang untuk mereka berubah.

Iklan
Iklan

Menurutnya, penyisihan serta diskriminasi terhadap banduan sememangnya berlaku dalam kalangan masyarakat kerana mereka menganggap kelompok ini tidak perlu dibantu meneruskan kehidupan.

"Sebelum program ODP (orang yang diparol) diperkenalkan, situasi ini amat menebal dalam kalangan masyarakat kita yang mana tiada peluang kedua buat banduan.

Iklan

"Bukan sahaja sukar meneruskan kehidupan malah mereka tidak diberi ruang dalam sektor pekerjaan apabila memegang status banduan.

"Namun, program ODP banyak membantu banduan dalam meneruskan kehidupan. Mereka diterima bekerja dan agensi serta wakil masyarakat juga memberi khidmat serta sokongan kepada mereka," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Temuseru Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Kelantan bersama Agensi Kerajaan dan Komuniti Setempat semalam.

Program yang berlangsung di Dewan Lalang's Chalet & Camsite, Bukit Kudung, Jeli itu turut dihadiri Timbalan Pengarah Penjara Negeri Kelantan, Penguasa Mohd Zaidi Alias, Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Ahmad Arifin dan Pegawai Kesihatan Daerah Jeli, Dr Amirul Azman Aby Hasan.

Sementara itu, Mohd Zaidi berkata, sistem parol yang dilaksanakan di negara ini sejak 2008 membuka peluang kedua untuk banduan memulakan hidup baharu bersama keluarga dan masyarakat.

Sistem ini merupakan satu pelepasan secara perintah parol, yang mana penghuni yang layak boleh memohon dilepaskan bagi menjalani baki hukuman di luar penjara.