Budak bukan Islam teruja berkhatan
Iklan
Peserta khatan anjuran Hospital Pakar KPJ Pasir Gudang dimandikan beramai-ramai semalam. - Foto Bernama
JOHOR BAHRU - Amalan berkhatan memang sinonim dengan umat Islam namun ia tidak menghalang masyarakat beragama lain daripada turut sama mengamalkannya kerana baik untuk tujuan kebersihan dan kesihatan.
Barangkali disebabkan faktor itulah juga, dua kanak-kanak bukan Islam berasal dari Sarawak, Dylan Francis, 12, dan Aidely James, 11, begitu teruja untuk menyertai Program Berkhatan anjuran Hospital Pakar KPJ Pasir Gudang di sini semalam.
Iklan
Iklan
Bapa Dylan, Francis Kanchin, 38, berkata, anaknya tidak takut untuk bersunat (berkhatan) malah nampak lebih bersemangat.
"Memang dia sendiri hendak datang bersunat. Tidak nampak dia takut, hanya tenang dan bersemangat,” katanya.
Iklan
Francis berkata, berkhatan bukanlah amalan baharu kepada keluarga mereka kerana telah diamalkan oleh masyarakatnya iaitu kaum Iban sejak dahulu lagi.
"Jadi ini sudah menjadi perkara biasa yang perlu dilalui bagi kaum lelaki Iban,” katanya.
Iklan
Bapa Aidely, James Jamang, 48, pula berkata, keterujaan anaknya untuk berkhatan dapat dilihat sejak tiga hari yang lepas apabila dia kerap bertanyakan bila mahu bersunat.
"Gembira lihat dia (Aidely) semangat. Dia ada kawan-kawan Melayu yang katakan tidak sakit, jadi disebabkan ini, dia berani.
"Lagipun kalau ikut amalan nenek moyang, sunat adalah baik untuk menjaga kebersihan. Atas dasar itu, anak sulung kami (abang Aidely) bersunat juga,” katanya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bapa, anak hidupkan seni tradisi Jawa"><meta itemprop="description" content="Hampir dua dekad mengabdikan diri memartabatkan seni budaya masyarakat Jawa, pengasas Kumpulan Tunas Warisan, Amar Abu, 65, kini mampu menarik nafas lega apabila perjuangannya mempertahankan warisan itu disambung oleh anak bongsunya, Mohd Nizal Amar, 21.
Bapa dan anak itu antara individu yang terus menghidupkan pelbagai seni tradisional termasuk gasing pangkah Johor, gamelan, tarian reog dan wayang kulit Jawa di Kampung Permatang Duku, Benut sekali gus memastikan khazanah budaya itu terus diwarisi generasi akan datang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792189/edisi/johor/bapa-anak-hidupkan-seni-tradisi-jawa
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KumpulanTunasWarisan
#Jawa #gamelan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-16T04:30:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/dTIv-1gWJu0RnLPaA/x1080"><meta itemprop="duration" content="P101S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=k3zczdkISjA295INE6O"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xay4rjy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="k3zczdkISjA295INE6O"></script>