MPP pecat Zakaria, Ismail selepas syor SPRM
Iklan
Fahmi
KUALA LUMPUR – Keputusan memecat Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zakaria Abdul Hamid dan Ahli PKR Pahang, Ismail Dulhani dibuat selepas mempertimbangkan fakta dan hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, berdasarkan siasatan berkenaan, MPP bersetuju dengan cadangan lembaga disiplin untuk memecat dua individu terbabit.
Iklan
Iklan
Katanya, siasatan SPRM dibuat selepas menerima laporan Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), Syukri Razab mendakwa kedua individu berkenaan mengadakan perjumpaan bersama ketua-ketua ranting Keadilan Cabang Bera.
"SPRM mendapati bahawa Zakaria memberitahu berkenaan peruntukan RM300,000 Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan meminta setiap ketua ranting menyediakan kertas kerja bagi projek kecil bernilai RM20,000 selain mengambil keuntungan RM2,000 ke RM3,000 bagi setiap projek.
Iklan
"Ismail pula didapati menyerahkan senarai nama kontraktor yang terdiri daripada mereka yang hadir itu kepada Majlis Daerah Bera.
"Apabila disiasat SPRM, pegawai Majlis Daerah Bera mengakui senarai yang dikemukakan Ismail mempengaruhi dirinya sewaktu membuat pilihan kontraktor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Iklan
Fahmi berkata, SPRM mendapati tindakan Zakaria adalah satu kesalahan.
"Selepas mengambil kira kepentingan awam, Timbalan Pendakwa Raya SPRM telah memperakukan agar tindakan tatatertib diambil parti terhadap kedua-dua individu tersebut.
"Kesemua fakta ini disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Disiplin, Datuk Ahmad Kassim kepada Majlis Pimpinan Pusat pada 24 November lalu, dengan cadangan tindakan tatatertib iaitu dua anggota tersebut dipecat,” katanya.
Tegasnya, PKR mengulangi kesungguhan parti menolak sepenuhnya amalan rasuah, seiring komitmen kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang ingin menzahirkan Malaysia bersih dan bebas rasuah.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'PH perlu tanya diri sendiri kenapa gagal dapat undi Melayu' - Khairy Jamaluddin"><meta itemprop="description" content="Pakatan Harapan (PH) sepatutnya bertanya kepada diri sendiri mengapa gabungan itu gagal meraih sokongan pengundi Melayu, bukannya menyalahkan parti lain.
Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, sebelum ini beliau pernah menyatakan gabungan terbabit gagal mengurus sensitiviti orang Melayu dengan baik, namun telah menimbulkan rasa kurang senang mereka
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789188/berita/politik/ph-perlu-tanya-diri-sendiri-kenapa-gagal-dapat-undi-melayu---khairy-jamaluddin
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNNS #KJ #UMNO"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-24T05:22:36.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/cp_Mc1gOlRFMlSVYG/x1080"><meta itemprop="duration" content="P94S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaroome"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaroome"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaroome"></script>