Dua maut, tiga cedera serangan di London Bridge

Iklan
London Bridge - Foto 123RF

LONDON - Pesuruhjaya Polis Metropolitan, Cressida Dick pada Jumaat mengesahkan dua yang cedera dalam serangan di London Bridge, meninggal dunia dan tiga lagi masih dirawat di hospital.

Polis sebelum ini menyatakan suspek mati di tempat kejadian dan peranti yang dipakai olehya adalah bom palsu.

Iklan
Iklan

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson berkata, siasatan masih diteruskan.

"Polis Metropolitan masih meneruskan siasatan mereka dan saya dapat memastikan kepada semua bahawa sesiapa saja yang terbabit dalam serangan ini akan diburu dan dihadapkan ke muka pengadilan," katanya.

Iklan
Iklan

Polis sebelum ini mengisytiharkan ia adalah insiden pengganas, lapor agensi berita Xinhua. - Bernama