Warga India ditemukan mati

Iklan
Gambar hiasan. - Foto 123RF

GOMBAK - Seorang lelaki warga India ditemukan mati di tangga berhampiran sebuah restoran di Taman Sri Gombak di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, hasil temu bual daripada saksi di lokasi kejadian memaklumkan menemui mangsa terbaring di tangga kaki lima rumah kedai pada jam 6.30 pagi.

Iklan
Iklan

"Saksi kemudiannya menghubungi ambulans dan MERS 999. Ambulans dari Hospital Selayang tiba di lokasi kejadian dan mengesahkan kematian warga India berumur 40-an itu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah berlaku.

Iklan

"Keterangan abang ipar si mati mengatakan dia menghidap penyakit jantung dan pernah menjalani pembedahan sebelum ini.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Bedah siasat akan dilakukan di Hospital Selayang hari ini," katanya.

Iklan