Amaran hujan lebat di Kelantan, Terengganu

Iklan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan notis amaran cuaca peringkat waspada, dengan hujan lebat dijangka berterusan sehingga Sabtu ini di beberapa tempat di Kelantan dan Terengganu.

MET Malaysia dalam kenyataan hari ini menyatakan hujan lebat dijangka berlaku di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Marang dan Pasir Puteh di Kelantan.

Iklan
Iklan

Di Terengganu pula, kawasan dijangka terjejas ialah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang. - Bernama