Kemalangan bas di Thailand ragut enam nyawa

Iklan
Penyelamat berusaha mengeluarkan mangsa yang terperangkap.

BANGKOK - THAILAND. Sekurang-kurangnya enam penumpang maut dan 50 cedera apabila sebuah bas dua tingkat terbabas sebelum terbalik di daerah Pathum Thani, kelmarin.

Polis berkata, bas malang itu dalam perjalanan dari Phanom Phrai menuju ke Bangkok sebelum terlibat kemalangan di Klong Luang pada jam 3.20 pagi (waktu tempatan).

Iklan
Iklan

Mangsa yang maut adalah seorang lelaki, empat wanita dan seorang bayi perempuan.

"Saksi berkata kemalangan berlaku semasa cuaca hujan.

Iklan

"Pemandu bas membrek secara mengejut bagi mengelak melanggar kenderaan di hadapan," kata jurucakap polis Klong Luang, Vacharapong Thienpratham.

Katanya, mangsa yang cedera telah dihantar di beberapa buah hospital berhampiran lokasi kejadian. - Agensi

Iklan