‘Nyawa harus diganti nyawa’
Iklan
Mahkamah mengekalkan hukuman mati terhadap empat lelaki iaitu bekas peguam, N. Pathmanabhan (kanan) dan pembantu ladang T. Thilaiyalagan, R.Matan, serta R Kathavarayan kerana membunuh Sosilawati dan tiga pembantunya pada 2010. Gambar kanan: Allahyarham Sosilawati
SHAH ALAM - Anak kepada Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya, usahawan kosmetik terkemuka yang mati dibunuh kejam, merasakan keputusan kerajaan memansuhkan hukuman mati mandatori dengan hukuman gantian tertakluk budi bicara mahkamah adalah tidak wajar bagi keluarga mangsa.
Datin Rita Sosilawati berpendapat kekejaman yang dilakukan penjenayah mesti dihukum dengan seberat-beratnya supaya menjadi pengajaran kepada masyarakat.