Hakim Nazlan: Adakah kita melampaui batas?
Iklan
Laporan muka depan akhbar Sinar Harian pada Selasa berhubung tindakan SPRM menyiasat Mohd Nazlan. Gambar kanan: Mohd Nazlan
DAKWAAN blogger dalam pelarian, Raja Petra Kamarudin baru-baru ini terhadap Hakim Mahkamah Rayuan benar-benar mencetuskan 'suhu panas' buat sistem perundangan dan pihak kehakiman negara.
Blogger sensasi itu mendesak agar hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali disiasat ekoran kononnya beliau terlibat dengan konflik kepentingan dalam kes rayuan SRC International yang turut membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.