Angkat martabat bahasa Melayu
Iklan
Sebelum ini, Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man membuat kemunculan pada Persidangan Ke-26 Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC COP-26) di Glasgow, Scotland dengan menyampaikan ucapan dalam bahasa Melayu.
USAHA memartabatkan bahasa Melayu sebenarnya sebahagian bidang keutamaan dalam Kerangka Dasar Luar Malaysia yang dilancarkan kerajaan pada 7 Disember 2021 iaitu Diplomasi Kebudayaan, turut merangkumi elemen mengantarabangsakan bahasa Melayu di dalam hubungan antarabangsa.
Penggunaan bahasa Melayu dalam perhubungan antarabangsa bukan sesuatu yang baharu. Dari segi sejarah, bahasa Melayu pernah menjadi bahasa antarabangsa yang luas digunakan di rantau Asia Tenggara. Ia telah menjadi lingua franca ketika Empayar Srivijaya (650-1275), kemudian semasa Empayar Kesultanan Melaka (1400-1511), malah menjadi bahasa pengantara dalam urusan pentadbiran, perniagaan, perundangan dan perhubungan antarabangsa.