Pakar ekonomi tak setuju kerajaan ‘bailout’ SEB
Iklan
Masa hadapan syarikat Sapura Energy kini menjadi tanda-tanya susulan berdepan tanggungan liabiliti RM16 bilion selain kemudahan modal kerja digantung sejak Oktober 2021. - Gambar hiasan
SHAH ALAM - Pakar Ekonomi, Dr Nungsari Ahmad Radhi tidak bersetuju dengan cadangan agar kerajaan menggunakan kaedah ‘bailout’ untuk menyelesaikan masalah aliran tunai syarikat minyak dan gas kedua terbesar di dunia, Sapura Energy Berhad (SEB).
Beliau berkata, Permodalan Nasional Bhd (PNB) adalah pemegang saham terbesar SEB yang sudah pun mengalami kerugian besar akibat penurunan harga saham.