Mayat wanita ditinggal dalam masjid

Iklan
Noor Azmi Yusoff

KUALA LUMPUR - Mayat seorang wanita ditemui dalam masjid Taman Keramat Hulu Klang di sini awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata, mayat wanita berusia dalam lingkungan 60 tahun itu ditemui dalam keadaan terbaring dengan lengkap berpakaian, tetapi tiada dokumen pengenalan diri.

Iklan
Iklan

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati sebuah kereta jenis Perodua Alza memasuki kawasan masjid kira-kira jam 4.24 pagi dan keluar tiga minit kemudian.

"Kenderaan itu disyaki digunakan untuk menghantar mayat itu ke kawasan masjid," katanya dalam kenyataan hari ini.

Iklan

Noor Azmi berkata, pemeriksaan polis mendapati tiada kecederaan fizikal pada wanita itu dan dia dipercayai bukan rakyat tempatan.

Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu agar menghubungi Balai Polis Hulu Klang di talian 03-4257 3322. - Bernama

Iklan