Undi golongan muda terhadap BN dijangka meningkat
Iklan
Dr Masliha menjadi panelis Program Wacana Edisi ke-328 bertajuk 'Last Kick Off' Untuk Bangsa Johor disiarkan di semua platform digital Sinar Harian pada Jumaat.
SHAH ALAM - Exco Puteri UMNO Malaysia, Dr Masliha Harun menyatakan Barisan Nasional (BN) terbukti mempunyai struktur organisasi yang teratur dan kukuh demi menjadi sebuah kerajaan yang stabil.
Justeru menurutnya, tawaran yang diberikan menerusi Iktiar BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor juga wajar dijadikan sandaran untuk para pengundi khususnya golongan muda memilih calon daripada BN.