Tembok runtuh, 73 mangsa banjir di Sungai Petani berpindah

Iklan
Seramai 73 mangsa daripada 16 keluarga dipindahkan ke Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Mahajothi, Sungai Petani. - Foto APM

SUNGAI PETANI - Seramai 73 mangsa daripada 16 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Mahajothi, Taman Sutera Jaya akibat banjir kilat semalam.

Sumber bomba memaklumkan, pihaknya menerima panggilan pada jam 5.17 petang dan bergegas ke lokasi kejadian untuk memantau namun keadaan kembali terkawal apabila limpahan air semakin surut.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kuala Muda yang juga Pegawai Pertahanan Awam Daerah, Kapten (PA) Azahar Ahmad berkata, pihaknya dimaklumkan terdapat mangsa yang terjejas pada jam 8.25 malam.

Menurutnya, berdasarkan siasatan, hujan berterusan telah menyebabkan berlaku limpahan air dari kolam Institut Tadbiran Awam Negara Sungai Petani (Intura).

Iklan

"Air yang deras menyebabkan tembok pagar Intura roboh sehingga menyebabkan air melimpah masuk ke perumahan penduduk dekat Taman Songket sedalam lebih kurang 1.5 meter dan menjejaskan 16 buah rumah," katanya.

Beliau berkata, sistem perparitan yang tidak sempurna untuk menampung limpahan air hujan di samping perparitan yang sudah lama tidak diselenggarakan menyebabkan rumah cepat dinaiki air.

Iklan

Katanya, operasi turut melibatkan bantuan pelbagai agensi.

"Kesemua mangsa terjejas dipindahkan ke pusat pemindahan dibantu beberapa agensi lain," katanya.