Nahas bas di barat India ragut 12 nyawa
Iklan
NEW DELHI - Sekurang-kurangnya 12 orang termasuk seorang kanak-kanak dan lima wanita maut manakala 10 lagi cedera dalam satu kemalangan di negeri Rajasthan yang terletak di barat India pada Sabtu, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan seorang pegawai polis tempatan.
Semua mangsa yang berasal dari daerah Latur di barat daya negeri Maharashtra dalam perjalanan ke sebuah tempat ibadat di daerah Hisar di utara negeri Haryana, kata Timbalan Superintenden Polis daerah Naguar, NR Chaudhary kepada Xinhua melalui telefon.