Ayob Khan dedah terima ancaman bunuh daripada Daesh
Iklan
Ayob Khan
SHAH ALAM - Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mendedahkan beliau bukan sahaja menerima ugutan bunuh daripada anggota kumpulan pengganas Daesh Malaysia, malah turut ugutan anggota kumpulan itu dari Indonesia.
Katanya, ugutan yang diterima oleh beliau disebabkan penangkapan anggota kumpulan pengganas itu di negara ini.
Iklan
Iklan
"Sebenarnya bila bertugas sebagai polis, pelbagai cabaran perlu dilalui. Salah satu cabarannya ialah ugutan. Ini bukan berkaitan saya sahaja tetapi boleh tanya anggota atau pegawai di mana-mana bahagian polis memang kita biasa dengan ancaman dan ugutan ini.
"Dalam konteks pengganas ini, saya sudah lama terlibat dengan operasi-operasi memerangi militan tetapi kalau dibandingkan dengan kumpulan terdahulu, mereka tidak agresif dan berdendam seperti Daesh.
Iklan
"Apabila kita tangkap ahli kumpulan Daesh ini, saya banyak mendapat ancaman bunuh ini dan salah seorang yang mengatur serta merancang untuk membunuh saya ini ialah anggota mereka daripada Melaka yang berhijrah ke Syria dan dia pun sudah terbunuh.
Sebelum ini dia telah arahkan anggota Daesh Malaysia untuk melancarkan operasi pembunuhan terhadap saya, Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan beberapa pemimpin negara," katanya pada program Sinar Live di Kumpulan Media Karangkraf di sini hari ini.
Iklan
Menurutnya, ugutan dan ancaman daripada anggota kumpulan pengganas merupakan perkara biasa yang perlu dihadapi dan beliau perlu lebih berhati-hati.
"Sebagai contoh pergerakan saya dan keluarga agak terhad. Mereka telah merancang, mahu melaksanakan dan mampu laksanakan kerana pada mereka polis ini penyokong kerajaan yang tidak beriman kepada ALLAH dan perlu dihapuskan," katanya.
Jelasnya, wujud perbezaan ketara antara Daesh dengan kumpulan-kumpulan pengganas sebelum ini ialah mereka yang terlibat menyokong dan terlibat dengannya terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.
"Kalau kita lihat sebelum ini banyak terlibat mungkin ada latar belakang sekolah agama dan sebagainya tetapi Daesh ini datang daripada pelbagai lapisan masyarakat.
"Kita memang menghadapi kesukaran untuk memberikan penjelasan kepada umum. Sebagai contoh apabila polis beri penerangan dalam konteks ideologi tentang salafi jihadi, ada yang tidak bersetuju dan tokoh-tokoh agama juga tidak bersetuju dengan kata ini tidak betul," katanya.
Sebanyak 10,207 daripada 10,259 sekolah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di seluruh negara mempunyai liputan rangkaian 4G, atau bersamaan 99.5 peratus kadar liputan, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.
Beliau berkata, kerajaan komited memastikan sekolah, khususnya di luar bandar dan pedalaman, menikmati capaian Internet yang stabil dan berkualiti bagi menyokong agenda pendidikan digital negara.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806193/berita/nasional/99-5-peratus-sekolah-kpm-di-seluruh-negara-mempunyai-liputan-4g---fahmi
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.