Masa depan bagaimana kita mahukan untuk anak cucu?
Iklan
Bagi menentukan masa depan cerah, bukan yang kelam untuk anak-anak, kita mesti pastikan kemampanan fiskal supaya mereka boleh mewarisi sebuah negara bebas hutang piutang yang amat membebankan. (Gambar kecil: Tengku Zafrul)
KITA kini di ambang tahun ketiga krisis Covid-19 dan ekonomi sedang menunjukkan tanda-tanda menggalakkan, juga membimbangkan. Ekonomi global kini berdepan ancaman varian baharu, peningkatan kadar inflasi, tahap hutang yang meningkat dan ketidaksamaan agihan pendapatan.
Selain itu, dengan permintaan terpendam mula mereda dan pengurangan sokongan fiskal oleh kerajaan di serata dunia, IMF dan Bank Dunia telah meramalkan pertumbuhan global akan menyederhana dari 5.9 - 5.5 peratus pada 2021 kepada 4.4 - 4.1 peratus pada 2022.