Wajarkah guru berpolitik
Iklan
Seseorang guru tidak sepatutnya menggunakan kesempatan dan kedudukannya untuk berpolitik sehingga menjejaskan tugas hakiki. - Gambar hiasan
SABTU lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kebenaran berpolitik kepada guru dan petugas Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di seluruh negara berkuat kuasa serta merta.
Ujar beliau, perkara itu diputuskan kabinetnya bagi menghormati prinsip demokrasi dan bersikap adil terhadap golongan berkenaan.