Homo Sapiens jadi Homo Corruptus

Iklan
Gambar hiasan- Foto 123rf

PADA awal tahun 2011 di Kuala Lumpur, saya telah bertanya satu soalan kepada dua orang hakim Malaysia yang sangat senior dan mempunyai integriti yang dihormati. Kedua-dua hakim yang berlainan agama ini ialah kenalan saya dan kami bertutur dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Maksud soalan yang saya tanyakan di tempat dan masa berlainan itu ialah:"Apakah yang diperlukan untuk menjadi seorang hakim yang rasuah?” Hakim pertama menjawab dengan spontan:"Prof, bergantung siapa bapa anda. Jika bapa anda seorang yang corrupted, senanglah anda menjadi corrupted!"

Seterusnya saya ringkaskan jawapan hakim kedua:"Jika sistem itu buruk maka mudahlah rasuah berlaku. Sebab itu orang yang benar-benar beriman tidak boleh dirasuah. Menurut hadis, dua daripada tiga orang hakim akan masuk neraka. Prof, kita kena jaga iman kita.”

Selepas 11 tahun, jawapan dan wajah kedua-dua hakim yang berlainan bangsa ini terus terpahat dalam kotak memori saya.

Bila kita meneliti logik hakim yang pertama, agaknya semakin ramailah rakyat Malaysia yang akan menjadi perasuah atau penerima rasuah, kerana semakin ramai bapa Malaysia yang rasuah.

Hakim kedua pula mengingatkan akan sistem governans yang baik di samping keimanan orang Islam khususnya. Tidak ada gunanya jika tadbir urus institusi dan negeri baik, tetapi manusia yang menggerakkannya berakhlak hina dan beriman lemah.

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Artikel Tanpa Had Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan dengan
Log Masuk atau Daftar Akaun untuk membaca artikel ini.