Hanya bincang masa depan negara, kurangkan 'politiking'
Iklan
Kamarudin Jaffar - Foto fail
KUALA LUMPUR - Pertemuan melibatkan beberapa Ahli Parlimen di kediaman rasmi Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali malam tadi tidak membincangkan apa-apa perkara penting.
Maklumat itu dikongsi Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar yang turut mengesahkan pertemuan itu memang berlaku malam tadi.
Iklan
Iklan
"Dan juga dibincang atau diberi taklimat tentang Dasar Kemakmuran Bersama,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Ketika ditanya adakah perjumpaan itu berkisar kepada sokongan agar Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kekal mentadbir negara selama sepenggal, Kamarudin menegaskan perkara itu tidak dibincangkan.
Iklan
"Tak, Tun (Dr Mahathir) itu tidak dibincangkan, UMNO dah keluar kenyataan beberapa kali, Pas dah keluar kenyataan beberapa kali.
ARTIKEL BERKAITAN: Anwar gesa Azmin hadir mesyuarat, beri penjelasan
Iklan
Mohamed Azmin jumpa Ahli Parlimen PH, BN di Putrajaya malam ini
"(Semalam ada sebut tak?) Tak perlu lagi bincang dah, dah diumumkan. Setiausaha Agung Pas dah umum lama dah dia sokong Dr Mahathir sepenggal.
"UMNO pun umum lama dah sokong Dr Mahathir satu penggal, bukan isu yang ada pertelingkahan atau perlu bincang,” katanya.
Malam tadi beberapa Ahli Parlimen dari Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mengadakan pertemuan di kediaman rasmi Mohamed Azmin.
Antara yang hadir ialah Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin, Mastura Mohd Yazid (BN-Kuala Kangsar), Datuk Abdul Rahman Mohamad (BN-Lipis) dan Datuk Seri Ismail Abd Muttalib (BN-Maran).
Pemimpin lain yang turut hadir ialah Datuk Seri Ahmad Hamzah (BN-Jasin), Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Arau); Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) dan Datuk Hasbullah Osman (BN-Gerik).
Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor yang turut hadir ketika diminta mengulas lanjut mendakwa tiada apa-apa yang dibincangkan dalam pertemuan berkenaan.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.