PKR minta penjelasan Azmin pada mesyuarat Biro Politik esok

Iklan
Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan meminta penjelasan daripada Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung pertemuan beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di kediaman rasminya di Presint 10, Putrajaya malam tadi.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, parti itu akan mengadakan mesyuarat Biro Politik malam esok bagi membincangkan isu berkenaan.

Iklan
Iklan

"Saya percaya pimpinan banyak tanda tanya dan boleh dirungkai, diperjelas bila kita adakan mesyuarat Biro Politik malam esok.

Malam tadi Sinar Harian melaporkan lebih 20 Ahli Parlimen BN mengadakan pertemuan dengan Mohamed Azmin di kediaman rasminya di Putrajaya.

Iklan

Wakil rakyat berkenaan dipercayai berada di situ sejak jam 7 malam sebelum beransur-ansur meninggalkan kediaman Ahli Parlimen Gombak itu mulai 11 malam dengan yang terakhir dilihat keluar ialah Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Saya dengar tapi tidak tahu apa yang dibincangkan'

Iklan

Mohamed Azmin jumpa Ahli Parlimen PH, BN di Putrajaya malam ini

'Saya tak tahu pertemuan dengan Azmin' - Mujahid

Antara Ahli Parlimen BN yang dilihat keluar ialah Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Mastura Mohd Yazid; Ahli Parlimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad; Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib; Ahli Parlimen Jasin, Datuk Seri Ahmad Hamzah; Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim; Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said dan Ahli Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Osman.

Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor yang turut hadir ketika diminta mengulas lanjut mendakwa tiada apa-apa yang dibincangkan dalam pertemuan berkenaan.

Turut dilihat hadir ialah Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamaruddin Jaafar.