Tuah kening seakan-akan manusia

Iklan
Pemilik barunya, Oksana Maymsina telah menubuhkan akaun sosial media untuk Betty, dan anjing itu akan muncul di rancangan TV terkemuka di Rusia selepas kisahnya tular.

SIBERIA - Gara-gara bentuk kening menyerupai manusia, seekor anak anjing jalanan ditolak penjaga pertamanya kerana disifatkan sebagai 'pelik'.

Bagaimanapun, Betty yang berusia 5 bulan menemui penjaga barunya selepas anak anjing betina itu dijumpai berjalan-jalan di bandar Siberia lalu dibawa pulang oleh kakitangan perlindungan haiwan tempatan.

Iklan
Iklan

Mereka kemudian bertindak membasuh 'kesan cat' pada wajah Betty, bimbang tindakan jenaka yang sengaja dilakukan tetapi ternyata ia adalah asli.

Menurut penjaga pusat perlindungan itu, Olesya Novopoltseva berkata, ini pertama kali melihat kejadian seperti ini setelah lama bekerja di situ.

Iklan

Seorang doktor haiwan di bandar Bratsk, Nadezhda Grozetskaya mengesahkan bahawa kening anak anjing itu adalah semula jadi.

"Pigmentasi yang luar biasa adalah 'jenaka alam'. Ini adalah kes pigmentasi rambut yang tidak bergantung kepada baka (tertentu).

Iklan

"Seperti tanda kelahiran, ia mungkin menjadi lebih cerah setelah beberapa tahun tetapi ia tidak akan hilang," katanya.

Pemilik barunya, Oksana Maymsina telah menubuhkan akaun sosial media untuk Betty, dan anjing itu akan muncul di rancangan TV terkemuka di Rusia selepas kisahnya tular.

"Saya menangis bila ternampak 'post' mengenainya. Dia perlu menjadi milik saya," katanya.- Agensi