SHAH ALAM - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegur tindakan menteri-menteri Pakatan Harapan (PH) yang tidak hadir sewaktu sesi angkat sumpah Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng di Dewan Rakyat hari ini.
Menurutnya, walaupun tidak berpuas hati dengan kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai tetapi mereka perlu menghormati Dewan Rakyat.