Lelaki maut terkena renjatan elektrik
Iklan
Gambar Hiasan.
KOTA KINABALU - Seorang lelaki maut manakala dua lagi terselamat selepas terkena renjatan elektrik ketika memasang kain rentang di hadapan sebuah premis di Jalan Sepanggar, di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa Azhar Alih, 22, disahkan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Likas.
Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, mangsa bersama dua rakannya termasuk seorang wanita memasang kain rentang itu menggunakan tangga terjatuh sebelum terkena wayar elektrik di hadapan bangunan berkenaan.
"Apabila sampai di tempat kejadian, terdapat dua mangsa tidak sedarkan diri dan seorang mangsa masih sedar,” kata kenyataan itu.
Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Lintas bersama 11 anggota membawa mangsa ke Hospital Queen Elizabeth dan Hospital Likas menggunakan jentera Perkhidmatan Kecemasan Perubatan dan Menyelamat (EMRS). - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Zikir di tanah kubur boleh diwarta sesat jika menyalahi ajaran Islam'"><meta itemprop="description" content="'Zikir di tanah kubur boleh diwarta sesat jika menyalahi ajaran Islam'
Perbuatan sekumpulan individu yang melakukan aktiviti seperti berzikir di kawasan tanah perkuburan pada tengah malam di Sandakan, yang tular di media sosial baru-baru ini, boleh diwartakan sebagai ajaran sesat sekiranya didapati menyalahi ajaran Islam, lapor wartawan Sinar Harian, 
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga Exco Agama, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, siasatan berhubung tindakan kumpulan individu terbabit sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), dan mereka yang terlibat telah dipanggil untuk memberi keterangan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762544/edisi/sabah-sarawak/zikir-di-tanah-kubur-boleh-diwarta-sesat-jika-menyalahi-ajaran-islam---mohd-arifin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AjaranSesat #TanahPerkuburan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T06:21:18.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZkqoC1fLsFUTv0-h8/x120"><meta itemprop="duration" content="P93S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x9wwvpo"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x9wwvpo"></script>