Gunung Merapi meletus, debu setinggi 1km

Iklan
Gunung Merapi meletus pagi tadi dan memuntahkan debu setinggi 1 kilometer.

JAKARTA - Gunung berapi Merapi di Indonesia dilaporkan meletus dan memuntahkan debu setinggi sehingga 1 kilometer ke udara hari ini.

Menurut jurucakap Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), Agus Wibowo, letusan gunung berapi itu berlaku pada jam 10.46 pagi (waktu tempatan) dan berlangsung selama 155 saat.

Iklan
Iklan

Agus berkata, awan debu daripada letusan tersebut ditiup ke arah barat dan memercikkan lapisan nipis debu di beberapa bahagian Kampung Banyubiru Dukun yang terletak di sisi gunung berkenaan.

"Kawasan di dalam radius 3 kilometer dari kawah masih menjadi zon pengecualian. Penduduk dinasihatkan supaya berhati-hati terhadap risiko abu gunung berapi, awan panas dan letupan letusan," jelasnya.

Iklan

Letusan terakhir Gunung Merapi pada Oktober 2016 meragut lebih 340 nyawa dan menyebabkan lebih 60,000 penduduk dipindahkan.

Gunung Merapi merupakan salah sebuah daripada 127 gunung berapi yang aktif di kepulauan Indonesia. - Agensi

LINK VIDEO

Iklan