Tapak besi menara kren jatuh atas jalan
Iklan
KUALA LUMPUR - Tapak besi menara kren dianggarkan seberat 2 tan terjatuh dari sebuah treler di lebuh raya Sungai Besi berhampiran lebuh raya Salak pagi tadi.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, besi bersaiz 60 meter itu terjatuh kerana ikatan yang tidak kemas dalam kejadian jam 11.10 pagi itu.