Bangkai seekor lagi gajah pygmy ditemukan

Iklan
Foto: Internet

KINABATANGAN - Bangkai seekor lagi gajah pygmy ditemukan di Kinabatangan hari ini menjadikan bangkai gajah kedua ditemukan di daerah ini bulan ini.

Ketika mengesahkan penemuan bangkai itu di Sukau dekat sini, Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah, Augustine Tuuga bagaimanapun berkata, beliau masih belum menerima maklumat terperinci mengenai bangkai itu.

Iklan
Iklan

"Saya juga baru dimaklumkan mengenai penemuan bangkai itu dan tidak dapat memberikan apa-apa maklumat lanjut.

"Bagaimanapun, kita tunggu dahulu laporan daripada sepasukan pegawai daripada JHL yang sedang dalam perjalanan ke lokasi bangkai gajah ditemukan untuk membuat siasatan," katanya ketika dihubungi di sini.

Iklan

Kata Tuuga lagi, sebaik sahaja laporan daripada pasukan JHL itu diterima, satu laporan polis akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kinabatangan.

Bangkai gajah itu merupakan yang kedua ditemukan di Kinabatangan, selepas bangkai seekor gajah jantan ditemukan terapung di Sungai Kinabatangan pada 3 November lalu.

Iklan

Sebelum ini, bangkai dua ekor gajah ditemukan dengan kesan tembakan masing-masing di Sungai Dumpas di Kalabakan, Tawau pada 25 September lepas dan di sebuah ladang sawit di Beluran pada 19 Oktober lepas.- Bernama