Dua cedera kereta terjunam dalam longkang

Iklan
Pasukan bomba turun ke bawah bagi mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam kereta selepas kemalangan di Jalan Semarak awal pagi tadi. - Foto JBPMKL

KUALA LUMPUR - Dua lelaki cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam longkang setinggi tiga meter di Jalan Semarak awal pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setapak, PBK II Ahmad Idris Mohd Yusop berkata, kejadian jam 6.05 itu menyebabkan mangsa yang berusia 30-an patah kaki sementara seorang lagi cedera ringan.

Iklan
Iklan
Mangsa yang terperangkap dalam kereta dibawa naik oleh pasukan bomba dalam operasi menyelamat awal pagi tadi. - Foto JBPMKL
Iklan

"Satu jentera dengan 10 anggota dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kemalangan sebuah kereta jenis Proton Satria terjunam ke dalam longkang berhampiran lampu isyarat di Jalan Semarak.

"Mangsa diselamatkan sebelum dihantar oleh pihak ambulans ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan selanjutnya," katanya.

Iklan
Mangsa dibawa naik menggunakan pengusung sebelum diberikan rawatan oleh pasukan paramedik. - Foto JBPMKL