Johor mahu perluas skim air percuma kepada M40
Iklan
Jimmy Puah Wee Tse
PONTIAN - Kerajaan Johor berhasrat untuk memperluaskan skim pemberian air percuma kepada golongan berpendapatan pertengahan (M40) dan juga meningkatkan kapasiti sehingga 15 atau 20 meter padu, berbanding 10 meter padu ketika ini.
Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti negeri, Jimmy Puah Wee Tse bagaimanapun berkata, ia hanya akan dilaksanakan sekiranya keadaan kewangan kerajaan negeri mampu untuk menampung peruntukan tahunan.
Iklan
Iklan
Katanya, setiap tahun kerajaan negeri memperuntukkan hampir RM22 juta khusus untuk skim pemberian air percuma yang setakat ini hanya diberikan kepada golongan berpendapatan rendah (B40) dengan kapasiti 10 meter padu.
"Memang (berhasrat), tetapi ikut kadar kewangan negeri dan sekiranya ada penambahan kemungkinan kita akan kembangkan program ini kepada golongan M40 atau pun daripada 10 meter padu kita tingkatkan lagi kepada 15 atau 20 meter padu.
Iklan
"Tetapi ini untuk masa hadapan dan bukan tahun ini...hasrat itu ada cuma faktor kewangan tidak mengizinkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Penerangan Air Percuma dan Skim Peduli Kesihatan (Peka) B40 di Kampung Sungai Burong di sini hari ini.
Menurutnya, setakat ini skim pemberian air percuma itu telah memanfaatkan seramai 165,000 golongan B40 seluruh negeri.
Iklan
Jimmy Puah turut menjelaskan bahawa peruntukan hampir RM22 juta setahun itu mampu menampung sehingga 250,000 golongan B40.
"Kita peruntukkan hampir RM22 juta tetapi tidak semua habis...kerana dalam 20 peratus mungkin ada yang tidak layak, tidak daftar.
"Kita mahu agar lebih ramai orang dapat manfaat...dan daripada 100 peratus sasaran kita (250,000), setakat ini hanya 80 peratus sahaja iaitu 165,000 golongan B40 yang terima manfaat,” katanya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bapa, anak hidupkan seni tradisi Jawa"><meta itemprop="description" content="Hampir dua dekad mengabdikan diri memartabatkan seni budaya masyarakat Jawa, pengasas Kumpulan Tunas Warisan, Amar Abu, 65, kini mampu menarik nafas lega apabila perjuangannya mempertahankan warisan itu disambung oleh anak bongsunya, Mohd Nizal Amar, 21.
Bapa dan anak itu antara individu yang terus menghidupkan pelbagai seni tradisional termasuk gasing pangkah Johor, gamelan, tarian reog dan wayang kulit Jawa di Kampung Permatang Duku, Benut sekali gus memastikan khazanah budaya itu terus diwarisi generasi akan datang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792189/edisi/johor/bapa-anak-hidupkan-seni-tradisi-jawa
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KumpulanTunasWarisan
#Jawa #gamelan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-16T04:30:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/dTIv-1gWJu0RnLPaA/x1080"><meta itemprop="duration" content="P101S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=k3zczdkISjA295INE6O"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xay4rjy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="k3zczdkISjA295INE6O"></script>