Narwhal, anak anjing unik berekor dua

Iklan
Narwhal mula dikenali di internet selepas rakamannya dimuat naik ke Facebook oleh pekerja menyelamat.

MISSOURI - Seekor anak anjing mencuri perhatian warganet kerana memiliki dua ekor.

Uniknya ekor kedua itu terletak di dahinya.

Iklan
Iklan

Kerana keunikan itu, anak anjing yang dinamakan Narwhal mendapat julukan 'puppy unicorn' yang merupakan kuda bertanduk dalam mitologi Yunani.

Narwhal mula dikenali di internet selepas rakamannya dimuat naik ke Facebook oleh pekerja menyelamat.

Iklan
Kakitangan di pusat penjagaan haiwan memeriksa keadaan Narwhal.

Anjing itu ditemui di tepi jalan dalam keadaan cuaca sejuk dengan kecederaan kaki di Missouri, Amerika Syarikat.

Kakitangan di pusat penjagaan haiwan menamakannya, Narwhal iaitu paus yang mempunyai tanduk di kepalanya selepas menyedari anjing itu mempunyai ekor di antara matanya.

Iklan

Bagaimanapun, ekor di dahinya tidak bertulang dan tidak boleh digoyangkan seperti ekor anjing yang lain. - Agensi