Lagi kes jarum ditemui dalam buah di Australia

Iklan
Jarum ditemui dalam anggur yang dibeli dari sebuah pasar raya di Melbourne. - Foto 9News

MELBOURNE - AUSTRALIA. Selepas kes jarum ditemui dalam buah strawberi di Australia, kini pihak polis melancarkan siasatan apabila jarum ditemui pula dalam buah anggur yang dibeli dari pasar raya di Melbourne.

Skender Hasa dan pasangannya, Shams Alsubaiy, sedang menikmati anggur hijau tanpa biji selepas makan malam Selasa lalu apabila Alsubaiy, yang hamil mengambil anggur berkenaan untuk dimakan.

Iklan
Iklan

"Apabila membelahnya, kami mendapati ada jarum di dalam buah anggur itu,” kata Hasa sambil menambah dua jarum ditemui selepas semua anggur dibelah.

Menurutnya, anggur itu dibeli sehari sebelum itu dari cawangan pasar raya Woolsworth di Cragieburn.

Iklan

Sementara itu, Woolsworth berkata, pihaknya menyedari perkara itu dan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa yang menjalankan siasatan.

Kejadian berlaku selepas lebih 200 kes jarum dtemui dalam strawberi dilaporkan di Australia tahun lalu. - Agensi

Iklan