Berebut nak tarik kereta punya hal..
Iklan
Salah seorang mangsa yang cedera akibat diserang empat lelaki bersenjatakan parang panjang.
GEORGETOWN - Berebut untuk menarik kereta yang terlibat dalam kemalangan dikatakan menjadi punca pergaduhan di antara dua kumpulan di Flat Taman Cemerlang, Jelutong di sini awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 1 pagi itu, seorang lelaki berusia 19 tahun menerima 57 jahitan di kepala serta 10 jahitan di tangan kanan manakala rakannya cedera di bahagian pinggang selepas diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan parang.
Iklan
Iklan
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, sebelum kejadian dua lelaki berkenaan bersama beberapa lagi rakannya berada di bawah flat sebelum mereka diserang empat lelaki bertopeng.
Menurutnya, mangsa berusia 19 tahun serta seorang lagi rakannya berusia 20-an tidak sempat melarikan diri menyebabkan mereka dipukul empat lelaki terbabit dan ditemui dalam keadaan terbaring berlumuran darah.
Iklan
"Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada dua kumpulan penarik kereta berebut menarik kenderaan yang terbabit kemalangan di Sungai Pinang.
"Pemilik kenderaan itu pada mulanya menghubungi kumpulan penarik kereta yang menyerang mangsa. Bagaimanapun, suspek yang tiba melihat kumpulan penarik kereta daripada bengkel lain sudah berada di lokasi kemalangan terbabit," katanya ketika dihubungi di sini.
Iklan
Che Zaimani berkata, berlaku pertengkaran dan cabar mencabar di antara mereka sebelum suspek yang tidak berpuas hati menghubungi tiga rakannya dan menyerbu tempat mangsa berkumpul.
Katanya, kesemua suspek memakai topeng dan menyerang serta menetak mangsa yang ketika itu berada bersama kira-kira tujuh rakannya.
Bagaimanapun, rakan mangsa yang membuat laporan polis mendakwa dia dapat mengecam baju yang dipakai suspek selain turut memberitahu mereka sebelum itu bertengkar ketika mahu menarik kereta.
Susulan laporan itu, polis menahan semua suspek yang berusia 23 hingga 44 tahun.
"Dua daripada suspek mempunyai rekod lampau bersabit kes jenayah dan dadah. Polis turut merampas senjata dan juga pakaian yang digunakan suspek ketika menyerang mangsa," katanya.
Kira-kira 40,000 daripada 60,000 pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) masih belum menerima baja tiga (tambahan) sekali gus dikhuatiri menjejaskan hasil padi pada musim ini,a lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob berkata, setakat ini hanya kira-kira 20 peratus atau 120,000 daripada lebih 600,000 kampit baja tiga sudah diedarkan kepada pesawah di 27 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di kawasan MADA.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791887/edisi/utara/40000-pesawah-mada-masih-belum-terima-baja-tambahan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.