Enam penjaga ditahan biar anak main basikal lajak!

Iklan
Antara remaja yang menunggang basikal lajak ditahan polis.

AMPANG - Polis menahan enam penjaga selepas anak mereka terbabit aktiviti menunggang basikal lajak di sekitar Taman Kosas di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff bagaimanapun berkata, mereka dilepaskan dengan jaminan polis selepas diambil keterangan.

Iklan
Iklan

"Mereka ditahan kerana membiarkan kanak-kanak tanpa pengawasan yang berpatutan dan disiasat mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001.

Terdahulu, enam remaja berusia antara 11 hinga 16 tahun ditahan pada jam 8.51 malam.

Iklan

"Semakan mendapati kesemua basikal telah diubah suai dan tidak mempunyai brek. Kita turut membawa enam basikal ke Balai Polis Pandan Indah untuk tindakan lanjut,” katanya.

Noor Azmi berkata, kesemua mangsa dikenakan saman dan dilepaskan kepada penjaga masing-masing oleh pengadu manakala basikal disita di bawah Sek 112(3) Akta Pengangkutan Jalan1987.

Iklan

"Kesemua tangkapan telah dibebaskan dengan jaminan polis setelah keterangan diambil," katanya.

Kertas siasatan akan dimajukan kepada Timbalan Pendakwaraya dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Tak perlu haramkan, tapi sediakan litar basikal lajak'

Undang-undang ketat diperlukan kekang aktiviti basikal lajak