Turki hantar pulang militan Daesh

Iklan
Suleyman Soylu. Foto: Agensi

ISTANBUL - Kerajaan Turki mula menghantar pulang anggota kumpulan militan Daesh yang ditahan ke negara asal mereka dalam tempoh 72 jam.

Langkah itu adalah sebahagian daripada usaha untuk memberi tekanan kepada negara Eropah yang enggan mengambil semula rakyat mereka yang direkrut kumpulan tersebut.

Iklan
Iklan

Menurut Menteri Dalam Negeri Turki, Suleyman Soylu, negaranya bukan 'hotel' untuk tahanan Daesh dari negara lain.

"Sekarang kami akan mula pulangkan mereka kepada kamu," katanya turut memberitahu proses penghantaran pulang akan bermula Isnin ini.

Iklan

Soylu bagaimanapun tidak menjelaskan secara tepat bagaimana mereka akan dihantar pulang atau apa akan berlaku kepada tahanan sekiranya negara asal enggan menerima mereka.

Menurutnya lagi, beberapa negara Eropah juga bertindak membatalkan kewarganegaraan tahanan militan sekali gus menjadikan mereka tiada kerakyatan. - Agensi

Iklan