KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON97 naik satu sen kepada RM2.57 seliter manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.08 dan RM2.18 seliter bagi tempoh 9 hingga 15 November.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan berdasarkan pengiraan mengikut formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh tersebut masing-masing sepatutnya RM2.27 seliter dan RM2.28 seliter.