12 kenderaan rosak akibat ribut
Iklan
Keadaan kenderaan yang mengalami kerosakan akibat runtuhan bumbung terbabit .
JOHOR BAHRU - Sebanyak 12 kenderaan rosak selepas bumbung tempat meletak kenderaan di pangsapuri The Twin Residences Taman Seroja di sini runtuh akibat ribut pagi tadi.
Menurut penduduk, S Kunasegaran, 36, kejadian itu juga dipercayai berlaku selepas hujan lebat dan angin kencang yang berterusan sejak awal pagi.
Iklan
Iklan
"Ketika hujan lebat kira-kira jam 9 pagi saya sedang bersiap untuk ke tempat kerja dan tiba-tiba terdengar bunyi kuat.
"Saya kemudian pergi ke tempat letak kereta melihat bumbung parkir sudah runtuh dan menghempap lebih 10 kenderaan di bawahnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Iklan
Kunasegaran yang juga seorang jurutera bagaimanapun lega apabila kejadian itu tidak melibatkan kenderaannya yang hanya berada kira-kira 0.5 meter daripada bumbung runtuh itu.
Katanya, selepas kejadian itu, dia kemudiannya mengambil gambar keadaan bumbung terbabit dan menghebahkannya dalam kumpulan WhatApp penduduk.
Iklan
"Sejak tinggal di sini bermula 2016 lalu, saya rasa ini kejadian pertama yang berlaku,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Air pasang besar dijangka cecah 3.6 meter, penduduk pesisir pantai waspada risiko banjir"><meta itemprop="description" content="Penduduk di beberapa kawasan pesisir pantai di Pontian mengambil langkah berjaga-jaga susulan fenomena air pasang besar yang dijangka menyebabkan paras air meningkat hingga 3.6 meter, sekali gus menambah risiko limpahan air.
Tinjauan di sekitar Pekan Kukup bagaimanapun mendapati aktiviti harian mereka berjalan seperti biasa meskipun fenomena air pasang besar melanda kawasan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806094/edisi/johor/air-pasang-besar-dijangka-cecah-3-6-meter-penduduk-pesisir-pantai-waspada-risiko-banjir
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Airpasangbesar"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-25T08:21:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/hE5hw1h1fgF1YtQtu/x1080"><meta itemprop="duration" content="P89S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbzpp8a"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbzpp8a"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbzpp8a"></script>