12 nelayan positif dadah ditahan
Iklan
GEORGETOWN - Seramai 12 nelayan ditahan dalam operasi bersepadu melibatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sekitar perairan negeri semalam.
Pengarah APMM Pulau Pinang, Kepten Maritim Hamizan Harun berkata, kesemua yang ditahan didapati positif dadah jenis ganja dan syabu.