Jho Low cuba beli harta di Cyprus: KPN
Iklan
Jho Low dan Abdul Hamid
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima maklumat Low Taek Jho atau Jho Low berusaha membeli harta di Cyprus.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, maklumat itu hasil tangkapan beberapa individu dalam operasi minggu lalu.
Iklan
Iklan
"Hasil daripada tangkapan itu kita berjaya merungkai maklumat Jho Low sedang berusaha membeli harta dengan menggunakan nama individu lain," katanya pada sidang media selepas melancarkan Buku Manual Siasatan dan Buku Arahan Penyiasatan PJSJK di Maktab PDRM di sini hari ini.
Abdul Hamid berkata, PDRM telah memberi kerjasama dengan pihak berkuasa di sebuah Negara yang dipercayai Jho Low bersembunyi.
Iklan
"Sebelum ini kita telah memberi kerjasama dalam semua hal kepolisian dengan Negara itu tetapi saya amat kecewa apabila permintaan saya pula tidak dilayan dan memberi pelbagai alasan antaranya Jho Low mungkin telah membuat pembedahan plastik, keluar pergi ke Cyprus atau Emiriah Arab bersatu (UAE).
"Mustahil dia (Jho Low) keluar dari negara tempat persembunyiannya dengan mudah. Dia masih bersembunyi seperti ayam di negara tersebut,” katanya.
Iklan
Abdul Hamid memaklumkan, pihaknya masih mengambil pendekatan berunding dengan pihak berkuasa negara berkenaan.
"Pelbagai cara saya gunakan termasuk secara rasmi dan separuh rasmi berkenaan isu Jho Low. Ia isu jenayah, ia tidak ada kena mengena dengan kepentingan strategik atau kepentingan politik sesebuah negara,” katanya.
Pada Mei lalu Abdul Hamid memberitahu media polis sudah menemui petunjuk positif dalam gerakan memburu Jho Low yang gagal dikesan sejak 2015.
Terbaharu timbul pula berita bahawa individu yang dikehendaki berhubung kes dan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Jho Low didakwa telah memperoleh pasport negara pulau Cyprus melalui broker kewarganegaraan terkemuka pada 2015.
Dakwaan terbaharu ini muncul hanya beberapa hari setelah tersebar berita tentang laporan bahawa Low ditawarkan suaka di UAE dan dikatakan kerap berulang-alik di antara Timur Tengah dan Eropah sejak Jun lalu.
Sebelum ini Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat mendakwa sekurang-kurangnya AS$4.5 bilion (RM18.9 bilion) telah disalahgunakan daripada 1MDB. Jho Low dituduh sebagai dalang transaksi wang haram yang disalurkan dari syarikat pelaburan negara itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Jho Low 'kebal' dalam perlindungan negara luar: KPN
Presiden Cyprus mahu pasport Jho Low dibatalkan
Menteri Kewangan Cyprus akui silap beri pasport kepada pelabur
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sekatan ke luar negara libatkan peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas - Adam Adli"><meta itemprop="description" content="Sekatan perjalanan ke luar negara hanya dikenakan terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berpendapatan tinggi dan mencukupi yang culas membuat bayaran balik, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim.
Beliau berkata, tindakan tegas itu bukan kepada peminjam yang baru menamatkan pengajian atau belum mempunyai pendapatan, apatah lagi mereka yang tergolong dalam kalangan B40 atau M40.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767413/berita/nasional/sekatan-ke-luar-negara-hanya-kepada-peminjam-ptptn-berpendapatan-tinggi-yang-culas---adam-adli
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #sidangdewanrakyat #PTPTN #AdamAdli"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-09T06:52:39.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Z_dm01fYOGtZ0r8KA/x180"><meta itemprop="duration" content="P114S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x9zj94w"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x9zj94w"></script>