Guru ditipu beli kereta tak wujud

Iklan
Gambar hiasan

KUANTAN - Seorang guru yang datang ke kedai kenderaan di Batu Caves, Selangor untuk mengambil kereta yang dibeli hampa apabila premis berdasarkan alamat diberikan jurujual tidak wujud, malah kereta jenis Proton Arena dibelinya juga tiada di lokasi.

Ekoran kejadian, guru berusia 40 tahun itu kerugian RM2,000 apabila wang pendahuluan yang dibayar untuk kenderaan tersebut lesap selepas jurujualnya gagal dihubungi.

Iklan
Iklan

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa tertarik dengan sebuah kereta jenis Proton Arena yang diiklankan melalui sebuah portal pengiklanan pada 3 November lalu.

Menurutnya, mangsa telah berurusan dengan jurujualnya bagi pembelian kereta berkenaan yang ditawarkan pada harga RM6,800.

Iklan

"Pada hari yang sama, mangsa telah membuat pemindahan wang RM2,000 melalui aplikasi Maybank2U ke akaun seorang lelaki sebagai wang pendahuluan.

"Jurujual berkenaan (suspek) memberikan satu alamat di Batu Caves untuk mangsa datang menyelesaikan baki bayaran dan mengambil kereta tersebut," katanya.

Iklan

Mohd Wazir berkata, mangsa syak ditipu selepas mendapati kedai berkenaan tidak wujud dan jurujual pula gagal dihubungi.

Berikutan laporan dibuat, pihaknya kini sedang mengesan pemilik akaun bank bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.