Bas terbalik di Perancis, 33 penumpang cedera

Iklan
Kenderaan Flixbus yang membawa penumpang dari sembilan negara terbalik jam 11 pagi waktu tempatan ketika keluar dari susur Lebuhraya A1, laluan paling sibuk di Perancis.

PARIS - Seramai 33 orang cedera manakala empat daripada mereka parah apabila bas dalam perjalanan dari Paris ke London terbalik di utara Perancis, lapor pihak berkuasa tempatan.

Kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi waktu tempatan ketika kenderaan Flixbus yang membawa penumpang dari sembilan negara keluar dari susur Lebuhraya A1, laluan paling sibuk di Perancis.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, kesemua mangsa dilaporkan stabil.

Penumpang bas terdiri daripada 11 warga Perancis, 10 dari Britain, lima dari Amerika Syarikat, dua dari Romania dan satu daripada Sepanyol, Australia, Mauritius, Jepun dan Sri Lanka.

Iklan

Mangsa dibawa ke beberapa buah hospital bagi mendapatkan rawatan sementara Flixbus, syarikat yang berpangkalan di Munich yang mengendalikan perkhidmatan bas kos rendah di bandar utama Eropah telah mewujudkan nombor kecemasan.

Flixbus, dalam satu kenyataan berkata, pihaknya berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk mengetahui punca sebenar kejadian serta menjaga penumpang.

Iklan

Pada 6 Oktober lalu, seorang wanita Perancis berusia 21 tahun terbunuh selepas Flixbus dalam perjalanan dari Barcelona ke Bordeaux terbalik di selatan Perancis.

Seramai 17 mangsa dilaporkan cedera manakala pemandu seorang wanita berusia 50 tahun di tuduh atas pembunuhan tanpa sengaja - AFP