'Kelengkapan canggih, takkan tidak boleh ramal banjir sehari awal?'
Iklan
Keadaan semasa ketika tinjauan lensa Sinar Harian di sekitar kawasan banjir di Sri Muda pada Selasa. Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID.
Tiada alasan untuk METMalaysia tidak dapat membangunkan sebuah model ramalan banjir lebih awal dengan kerjasama JPS kerana agensi berkenaan mempunyai superkomputer bernilai RM60 juta, kata Dr Azizan
SHAH ALAM - Seorang pakar meteorologi mempersoalkan keberkesanan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dan Jabatan Pengairan Saliran (JPS) dalam mengemukakan model ramalan awal berlakunya banjir, sekali pun kedua-dua agensi itu sudah dilengkapi sistem dan peralatan canggih selepas tragedi banjir besar 'bah kuning' pada tahun 2014.
Pengarah Pusat Penyelidikan Antartik Kebangsaan, Profesor Datuk Dr Azizan Abdul Samah berkata, setelah dilengkapi sistem canggih seperti METMalaysia Weather Research and Forecasting Model (MMD-WRF) serta pembelian sebuah superkomputer yang dianggarkan bernilai RM60 juta, tiada alasan untuk METMalaysia tidak dapat membangunkan sebuah model ramalan banjir lebih awal dengan kerjasama JPS.