400,000 pekerja gig: Antara survival dan eksploitasi
Iklan
Pekerja ekonomi gig di negara ini tidak termasuk di bawah definisi pekerja seperti yang dinyatakan di bawah Akta 265, Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) dan Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76).
SHAH ALAM - Di kala rakyat bergelut untuk mencari rezeki terutama selepas ramai yang kehilangan pekerjaan atau gagal mencari peluang kerja akibat pandemik Covid-19, segmen ekonomi gig muncul menjadi penyelamat keadaan.
Namun, satu perkara yang perlu diberi perhatian serius ialah pekerja dalam segmen ekonomi ini tidak dianggap sebagai pekerja sebaliknya hanya berstatus ‘kontraktor’ yang membekalkan perkhidmatan.